Saturday, February 19, 2011

Pokok Rumbia Pokok Kehidupan oleh Heidi Munan

11:06 PM

Anda tentu hairan bagaimana batang pokok rumbia boleh menyediakan makanan untuk orang. Pokok rumbia tumbuh di tanah berpaya dalam, selalunya berhampiran dengan laut. Bila pokok itu mula berbunga, batangnya, mula mengembang sehingga ia menjadi gemuk. Ini membawa tanda ia penuh dengan kanji; dan inilan masa yang sesuai untuk mendapatkan hasilnya.



Kepada orang Melanau, pokok rumbia ibarat pokok yang menyediakan segala yang diperlukan untuk menampung kehidupan mereka. Batangnya memberi mereka makanan dan juga membantu mereka memperoleh pendapatan. Daunnya dijadikan atap rumah dan dianyam menjadi tikar dan bakul, begitu juga topi cantik pelindung matahari yang berwarna merah, hitam dan putih. Pelepah rumbia dijadikan pencedok dan baldi; juga sebagai lapik untuk berjalan di atas tanah paya lembut.
Anda tentu hairan bagaimana batang pokok rumbia boleh meyediakan makanan untuk orang. Pokok rumbia tumbuh di tanah berpaya dalam, selalunya berhampiran dengan laut. Bila pokok itu mula berbunga, batangnya, mula mengembang sehingga ia menjadi gemuk. Ini membawa tanda ia penuh dengan kanji; dan inilan masa yang sesuai untuk mendapatkan hasilnya.

Petani itu akan menebang pokok itu, dan memotong batangnya yang panjang dan lurus menjadi potongan berukurkan satu meter. Batang pokok yang telah dipotong ini akan dibawa balik ke rumah. Selalunya batang-batang ini boleh digolekkan ke dalam sungai yang berdekatan. Kemudian ia akan diikat dengan tali untuk dijadikan seperti rakit. Ia ditarik di belakang perahu kecil ke kilang membuat sagu. Jika tiada sungai berdekatan, batang-batang itu perlu diangkut ke stesen memproses sagu yang terdekat atau ditinggalkan di tepi jala di mana ia akan dikutip oleh lori.

CNV00000007

Pada zaman dahulu, kilang sagu tidak wujud. Petani akan membawa batang rumbia yang telah dipotong itu ke rumahnya. Di sana, dia akan membelah batang itu dengan kapak. Kulit kayu batang rumbia keras seperti tempurung tetapi di dalamnya lembut; bahagian dalamnya dipanggil empulur.

Empulur sagu mengandungi banyak kanji. Tetapi bukan senang untuk mengeluarkannya! Petani itu perlu menyagat empulur sagu itu dengan kikir sehingga ia hancur dan menjadi halus. Kemudian, empulur sagu yang telah halus itu dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi air, dan dipijak-pijak melalui tikar berlubang kasar. Sambil ia dipijak, lebih banyak air dituang untuk membasuh kanji itu keluar dari empulur sagu yang dikisar; warna cecair itu seakan-akan warna susu.
Cecair berwarna seperti susu itu dituang ke dalam palung kayu. Ia dibiarkan mendap semalaman. Pada waktu pagi, kanji itu akan mendap di dasar palung itu. Sekarang air itu boleh dibuang. Kanji sagu ini lembut. Jika mereka ingin memakanya serta merta, mereka boleh memasakkannya dan ia akan menjadi pekat seperti bubur.

Tidak semua sagu boleh dimakan menjadi sagu bakar, dan orang Melanau gemar memakannya bersama ikan atau sup. Ia juga boleh dibuat menjadi biskut dan kek.
Inilah cara pokok rumbia ditanam, diambil hasilnya dan diproses menjadi sagu.
Tetapi dahulu, cara membuatnya bukan seperti yang kita tahu sekarang. Pada zaman dahulu, memproses sagu lebih mudah. Mereka menebang batang rumbia dan mengapungkannya hingga sampai ke rumah mereka. Mereka akan menyusun batang rumbia yang telah dipotong di atas tikar yang bersih. Kemudian mereka akan menyanyikan lagu yang indah, memuji pokok rumbia kerana memberi mereka makanan. Tidak lama selepas itu, tepung sagu akan mencurah dengan rata dari batang rumbia yang telah dibelah itu ke tikar. Bila lagu itu habis, semua sagu telah keluar dari batang itu. Orang boleh membuat bekas, penceduk dan baldi daripada kulit kayu batang rumbia yang telah kosong itu.
Tetapi seorang budak lelaki telah mengubah semua ini.

Tiong ialah anak seorang petani sagu. Dia memang biasa membantu bapanya di dusun. Ada harinya mereka memotong tumbuhan yang menjalar naik ke batang rumbia, ada harinya mereka menanam sulur untuk pokok rumbia baru. Malangnya, Tiong tidak begitu gemar bertani; dia lebih suka memancing. Setiap petang, dia akan berlari ke sungai dengan kawan-kawaannnya. Mereka akan memasang bubu dan mereka menggunakan pancing. Kadang-kadang, bapa Tiong membawa dia ke laut di dalam perahunya, masa itulah Tiong benar-benar gembira!

Satu pagi, semua budak kampung keluar dan berjalan ke sungai kecil untuk memasang bubu mereka.
“Boleh saya ikut mereka?” Tiong meminta kebenaran bapanya.
“Pagi ini tidak boleh,” jawab petani itu. “Hari ini kita akan pergi menebang pokok rumbia di dusun dekat dengan bukit kecil itu. Kamu boleh pergi memancing petang nanti, anakku.”
“Baiklah, bapa,” budak lelaki itu menjawab, tetapi dia tidak begitu gembira dengan jawapan bapanya.
Kedua-dua mereka pun memulakan perjalanan ke dusun pokok rumbia. Selepas mereka mendayung sampan untuk beberapa lama, bapanya mula mendayung ke arah tepi sungai.
“Dari sini kita mesti berjalan, “ dia berkata: “dusun in jauh dari sungai.”
Mereka mengambil bakul , parang dan kapak mereka dan mula berjalan menyusuri denai kecil. Tanahnya lembut dan berpaya. Beribu-ribu serangga berdengung dalam suasana yang panas itu.
“Berapa jauh lagi, bapa?” Tiong bertanya.
“TIdak jauh lagi,” jawab bapanya. Tetapi untuk seorang kanak-kanak, ia memang terasa begitu jauh sekali.

Cahaya matahari pula memancar dengan begitu terik, reriang pula mengeluarkan bunyi yang membosankan. Tiong teringatkan kawan-kawannya yang sedang berada di tepi sungai, memancing,atau mungkin sedang berenang dan anginnya terus menjadi tidak bail.
Selepas pokok rumbia itu ditimbangkan dan dipotong, bapa Tiong mengambil dua daripada batang yang telah dipotong itu, mengangkatnya ke atas bahunya dan mula berjalan ke arah perahu mereka.
“Cepat, Tiong!” dia berkata kepada anaknya. “Kamu dah cukup besar untuk mengangkat satu batang. Cepat angkat!”

“Baiklah, bapa,: budak itu menggumam sambil menarik muka dan mengangkat bahagian hujung batang itu. Dia cuba menariknya tetapi ia asyik tersangkut pada tanah yang tidak rata itu. Kemudian dia menangkut batang itu seperti bayi dan berjalan sedikit. Batang itu sangat berat; tidak lama kemudian, dia meletakknya ke bawah semula.

Dia mendengar tapak kaki menghampirinya bapanya telah mengambil dua batang yang telah dipotong dan sedang berpusing balik untuk mengambil lagi batang-batang rumbia yang lain.
Dengan pantas, Tiong mengangkat batang yang sepatutnya diangkat itu. Dia memikul batang itu di atas bahunya dan mula berjalan.
“Bagus!” bapanya memuji bila melewatinya sambil membawa dua lagi batang yang besar dan panjang itu.
Sebaik sahaja bapanya hilang dari pandangan, Tiong menjatuhkan bebannya ke tanah.
“Aku panas dan letih,” dia merungut dengan suara yang kuat. “jika bukan disebabkan batang rumbia yang bodoh ini, aku tentunya sedang bermain dengan kawan-kawanku. Dia menendang batang itu dengan kakinya.

“Pokok rumbia berat, tak berguna! Kenapakah ia tak tumbuh di tepi sungai! Kenapakah ia begitu menyusahkan!” dan dia menendangnya sekali lagi. Pada waktu itu, bapanya datang menyusuri denai menghampirinya sekali lagi. Harap-harap dia tidak dengar apa yang aku katakana tadi. Tiong berbisik kepada dirinya sendiri, dan dengan pantas mengutip batang rumbia itu semula. Kali ini dia mengangkat hingga sampai ke perahu. Bersama-sama mereka mengikat rakit yang panjang dan menariknya pulang ke rumah mereka.

Bapa Tiong tidak mendengar betapa biadapnya kata-kata anaknya itu terhadap batang rumbia itu. Dia tidak melihat budak jahat itu menendang batang rumbia itu. Tetapi ada yang mendengar apa yang dikatakan dan melihat apa yang dilakukan ileh budak itu- semangat hutan. Semangat ini menjaga hutan dan dusun pokok rumbia. Semangat-semangat itu semua begitu marah dan mebuat keputusan untuk membalas kepada semua orang dosa seorang budak yang malas,.

Keesokan paginya, bapa Tiong menyusun batang rumbia itu di atas tikar di hadapan rumah mereka. Dia menyanyi dan menunggu, dan menunggu. Dan menunggu dan menunggu – tetapi taida apa yang terjadi. Tiada tepung sagu mencurah keluar dari batang rumbia yang sudah dibelah itu ke atas tikar.
Ganjilnya, diterfikir, apa pula yang tersilap? Kemudian dia terdengar jirannya di rumah seberang sungai menyanyikan lagu sagu.

Kenapa pula dia menyanyi begitu kuat, bila Tiong berfikir. Dia nampak beberapa orang sedang berdiri di beranda menyanyi sekuat hati mereka. Dan masih tiada apa-apa yang berlaku. Tiada tepung halus muncul. Batang-batang rumbia yang terbelah itu duduk diam di situ seperti batang kayu biasa sahaja.
Selepas beberapa hari, penduduk kampong mula sedar yang batang rumbia mereka tidak boleh mengeluarkan tepung sagu dengan sendiri. Mereka terpaksa belajar membelah batang, menyagat empulur, dan membasuhnya dengan memijak empulur hancur itu melalui tikar dengan kaki mereka. Memang banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tepung dati batang rumbia – dan semuanya kerana seorang budak bodoh yang begitu malas, untuk mengangkat batang kayu, dan menghina pokok yang memberi dia makanan harian!

About the Author:

Heidi Munan was born in Switzerland and educated in New Zealand. A graduate post-primary teacher, she has lived in Sarawak since 1965.

Heidi Munan is fond of reading, particularly old books about the history and geography of Southeast Asia. When her children were young, their grandmother used to tell them stories; this developed the author’s interest in folk tales. She has written books about the daily life, customs, arts and handicrafts of her home state.

Heidi Munan does research at the Sarawak Museum. She is a regular contributor to national and foreign newspapers and publications, including the MAS inflight magazine Going Places.
Quoted from: The Literary Pursuit

This Stories is taken from her book The Melanau Stories by Heidi Munan. You can find and buy the book here at SelectBook.com.sg

Written by

Learn Melanau by Nativeglot.com provides insider information about melanau unique cultures and language

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Melanau. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top