Monday, May 23, 2016

Beza bahasa Melanau dan Melayu

12:29 AM


Photo: Muzium Melanau Sapan Puloh

Sering kali terdapat salah faham yang mengatakan bahawa bahasa melanau itu merupakan dialek atau cabang bahasa melayu. Istilah melanau melayu sering kali digunapakai. Sebenarnya tangapan begitu kurang tepat.

Dalam penulisan ini, Learn Melanau ingin mengupas persoalan dan perbezaan antara bahasa melanau dan bahasa melayu. 

Adakah Bahasa Melanau cabang bahasa melayu? 

Jawapannya tidak. Bahasa Melanau tergolong dalam rumpun North Borneo dan Bahasa Melayu dalam rumpun Malayo-Chamic.
 
Fakta yang menarik, bahasa Iban merupakan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu yakni dalam Rumpun Malayic dan Bahasa Bintulu (Vaie) bukanlan bahasa melanau tetapi dalam rumpun North Sarawakan.

Source: Ethnologue

Mengapa bahasa melanau mengunakan banyak istilah bahasa melayu? 

Seperti yang kita ketahui, bahasa melayu merupakan lingua franca di seluruh pelusuk asia tenggara. Bahasa melayu merupakan bahasa perdangangan dan banyak mempengaruhi bahasa-bahasa tempatan. Sebagai contoh bahasa Tagalog di Filipina menggunakan sekitar 3200 perkataan melayu dalam kosa katanya.

Bangsa melanau yang juga merupakan pelayar dan pedagang utama di rantau asia tenggara, meminjam kosa kata bahasa melayu dan di"melanau"kan untuk tujuan perdangangan harian mereka dan untuk menerangkan konsep dunia melayu yang asing buat orang melanau.

Tiada sapaan waktu dalam bahasa melanau. 

Dalam memulakan perbualan, sapaan merupakan pembuka bicara yang sering digunakan. Dalam bahasa melanau tiada istilah selamat pagi, selamat petang, dan selamat malam digunakan. Sapaan sebegini merupakan pinjaman dari budaya melayu.

Sapaan (Muwueng) dalam bahasa melanau lebih berbentuk gurauan (Selurok), bidalan (Tidak/ Perambahan), atau omongan terhadap kerja yang tengah dilakukan.

Contoh:
Menyapa seseorang yang tengah menjemur kain:

"Puwei gak dibak pala ji kaau giyen". (Berjemur dibawah mentari rupanya kamu disana). 

Menyapa seseorang yang berjalan membawa barang runcit ditangan:

"Mengasi kawak idak ji wak nasui nou yen" (Banyaknya barang yang dibawa itu). 

Tiada ungkapan "Terima kasih".

Kebanyakan bahasa-bahasa di borneo khususnya bahasa melanau, konsep berterima kasih dengan ungkapan "Terima Kasih" merupakan konsep yang dahulunya amat asing.

Ungkapan "Terima Kasih" merupakan ungkapan yang diperkenalkan budaya melayu kepada masyarakat borneo.

Ini tidak bermakna bahawa bangsa melanau tidak tahu berterima kasih, cuma bagi bangsa melanau, perasaan terhutang budi ataupun berterima kasih tidak mencukupi dengan sekadar ungkapan.

Memandangkan bangsa melanau pernah tinggal dalam satu rumah besar, budaya bahawa setiap ahli masyarakat perlu menambah apa yang kurang dan membantu sama lain dilihat sebagai perbuatan yang fitrah dan lazim.

Konsep membalas kebaikan orang lain pada masa jikalau ada kemampuan merupakan cara tersendiri orang melanau berterima kasih.

Konsep ini tersimpul dalam ungkapan lama melanau:


Enda bei inou bak idok kou gak nou ajau, menyabek asek ipok siewlah tuwa

Tiada apa yang saya boleh berikan sekarang, memohon kasihan Ipok (Semangat alam) dahululah kita berdua. 

Apabila orang melanau melihat orang ingin berbaik kepadanya, ungkapan sebegini sering diucapkan.

"Kak un kaau gagau"- Janganlah kamu susahkan diri

Konsep "Fikir"

Konsep memisahkan akal fikiran dan perasaan merupakan konsep yang dibawa oleh bangsa melayu.

Dalam dunia melanau, akal fikiran dan perasaan merupakan satu zat yang tidak boleh dipisahkan kerana akal boleh mempengaruhi perasaan dan perasaan juga boleh pengaruhi akal. Penyatuan akal dan perasaan ini dirumuskan sebagai istilah "Naseng".

Oleh yang demikian, jikalau orang melanau ingin bertanya pendapat seseorang, orang tersebut akan ditanya tentang "Naseng" nya:

Betan tan naseng nou? Apakah rasa "Naseng" awak? ( Apa fikiran kamu?)

Dalam budaya melanau, berfikir ( melanau: Pikir) dilihat sebagai sesuatu yang tidak baik. Lazimnya orang melanau melarang orang yang kuat sangat befikir

Kak jed angai pikir- Janganlah kuat sangat berfikir

 kerana perbuatan ini boleh menimbulkan was was dan menganggu perjalanan pekerjaan harian dan juga menganggu  "Naseng" (Pedeh Naseng).


Written by

Learn Melanau by Nativeglot.com provides insider information about melanau unique cultures and language

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Melanau. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top