Perkataan Miseak & Piseak datang dari kata dasar Iseak yang membawa maksud "masak". Me- dan Pe- merupakan dua imbuhan awalan yang sering digunakan dalam bahasa melanau. Perlu diingat bahawa dalam bahasa melanau tiada pengunaan imbuhan akhiran seperti -kan dan -i mahupun imbuhan apitan seperti me-..-kan, me-..-i.
Me+Iseak = Miseak -> dalam bahasa melayu membawa erti "memasakkan" sesuatu untuk orang lain. Imbuhan awalan me + kata kerja sering membawa maksud melakukan sesuatu untuk orang lain.
cth lain:
upouk bajou (basuh baju)
Me+upouk = Mupouk bajou -> membasuh baju orang lain.
usok pa-a (cuci tangan) Me+usok = Musouk pa-a -> mencuci tangan orang lain.
Pe+Iseak = Piseak -> membawa erti "memasak" sesuatu untuk diri sendiri.Imbuhan awalan Pe + kata kerja sering membawa maksud melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
cth lain:
upouk bajou (basuh baju)
Pe+upouk = Pupouk bajou -> membasuh baju diri sendiri.
usok pa-a (cuci tangan) Pe+usok = Pusouk pa-a -> mencuci tangan diri sendiri.
Ini merupakan salah satu ketelitian dan perbezaan bahasa melanau berbanding bahasa melayu. Dengan penambahan imbuhan sahaja dapat membawa maksud yang berbeza dalam maksud ayat dan pengisian. Selamat belajar :)
By:
Learn Melanau
On 2:42 AM